
Perikatan Nasional (PN) yang bertanding atas logo PAS di Terengganu dan Kedah juga mempertahankan negeri itu untuk penggal kedua.
Pengerusi BN Negeri Sembilan Jalaluddin Alias mengumumkan gabungannya bersama PH telah melepasi majoriti mudah, 17 kerusi dengan 14 daripadanya dimenangi BN setakat jam 9.30 malam tadi.
Ia termasuk kerusi DUN Rantau dimenangi Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan.
PH pula secara tidak rasmi menang di 17 kerusi termasuk DUN Chennah dimenangi Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook.
Sementara itu, Berita Harian melaporkan gabungan BN-PH turut membentuk kerajaan di Pulau Pinang apabila mendahului di 21 kerusi DUN.
Keputusan tidak rasmi menunjukkan gabungan itu mengalahkan PN di DUN Sungai Puyu, Bagan Jermal, Padang Lalang, Jawi, Tanjong Bunga, Air Putih, Kebun Bunga, Padang Kota, Pengkalan Kota, Komtar, Datok Keramat, Batu Lanchang, Seri Delima, Air Itam, Paya Terubong dan Bayan Lepas.
Di Terengganu, PN membentuk kerajaan negeri apabila menguasai 17 daripada 32 DUN.
Ia membabitkan kerusi Jabi, Tepuh, Buluh Gading, Seberang Takir, Bukit Tunggal, Bukit Payung, Ru Rendang, Pengkalan Berangan, Telemung, Manir, Kuala Berang, Ajil, Bukit Besit, Rantau Abang, Sura, Kemasik dan Chukai.
Di Kedah, PN disahkan mendapat 19 kerusi setakat 9.30 malam untuk membentuk kerajaan, antara kerusi dimenangi termasuk Jeneri menerusi Pengarah Pilihan Rayanya Sanusi Nor.