Mayat dalam guni: Kerani disyaki dipukul hingga mati

Mayat dalam guni: Kerani disyaki dipukul hingga mati

Polis berkata, hasil bedah siasat mendapati ada kesan pukulan di seluruh badan mangsa yang merupakan punca kematiannya.

Mayat mangsa ditemui dalam guni plastik di stor besi buruk di Taman Bukit Serdang, Jumaat lalu. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Seorang kerani warga India yang mayatnya disumbat dalam guni di stor besi buruk di Taman Bukit Serdang, Selangor Jumaat lalu dipercayai dipukul sehingga mati.

Ketua Polis Serdang, A A Anbalagan berkata, hasil bedah siasat mendapati ada kesan pukulan di seluruh badan mangsa yang merupakan punca kematiannya.

“Bedah siasat dijalankan kira-kira 10 pagi sehingga 6 petang (Sabtu) di Jabatan Forensik Hospital Serdang,” katanya menurut Sinar Harian.

Beliau berkata, siasatan lanjut masih dijalankan ke atas kes itu.

Semalam, polis dilaporkan berkata, menyeleweng wang syarikat barangan lusuh dan terpakai sehingga puluhan ribu ringgit dipercayai motif pembunuhan lelaki warga asing berusia 41 tahun itu yang mayatnya disembunyikan dalam guni plastik.

Polis menahan 13 individu untuk membantu siasatan, dengan tiga suspek wanita yang juga ahli keluarga majikan mangsa dibebaskan semalam, selepas selesai memberi keterangan.

Sepuluh lagi individu ialah majikan mangsa yang juga suspek utama, ahli keluarganya dan rakan sekerja dalam lingkungan 20-an hingga 58 tahun.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.