Warga India dikhuatiri lemas dihanyutkan kepala air di Sungai Klang

Warga India dikhuatiri lemas dihanyutkan kepala air di Sungai Klang

Kejadian berlaku ketika kepala air melanda berhampiran Pintasan Saloma kira-kira 5.40 petang tadi.

Ketua Polis Dang Wangi Sazalee Adam berkata, operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan bagi mengesan mangsa yang hilang. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan kepala air berhampiran Pintasan Saloma ketika sedang melakukan kerja penambahbaikan Sungai Klang petang tadi.

Buletin TV3 melaporkan Ketua Polis Dang Wangi Sazalee Adam berkata, kejadian berlaku ketika kepala air melanda kira-kira 5.40 petang tadi.

“Ketika itu terdapat pekerja penambahbaikan Sungai Klang di bahagian bawah. Apabila kepala air sampai, mereka semua tidak sempat menyelamatkan diri,” katanya.

Menurut Sazalee, daripada 13 pekerja di tempat kejadian, 12 berjaya diselamatkan, terdiri daripada tujuh warga Indonesia, empat warga Bangladesh dan seorang Melayu.

“Seorang lelaki warga India yang memandu Pajero dipercayai masih hilang sehingga kini,” katanya.

Sehingga kini, operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan bagi mengesan mangsa yang hilang.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.