
Saidi Adnan Md Nor dijadualkan hadir bersama calon PH dari PKR di DUN Bukit Pinang, Hadzir Md Zain dalam program ‘Sembang Santai bersama anak muda’ pada 9.30 malam.
Wakil penganjur berkata, Saidi tidak dapat menghadiri program tersebut disebabkan masih terikat dengan tanggungjawab sebagai pensyarah di sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) di Manjung, Perak.
“Sebagai penjawat awam, dia tidak boleh hadir ke majlis politik,” katanya menurut Sinar Harian.
Dalam ceramah kempen pilihan raya baru-baru ini, Sanusi mendakwa bapa mereka meminta adik lelakinya itu menukar ‘bin’ kerana tidak sehaluan dengan PAS, sebaliknya menyokong PKR.
Saidi Adnan merupakan mantan Yang Dipertua (YDP) Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) Perak selain aktif sebagai penceramah bebas dan guru agama di negeri itu.