
Katanya, perkara ini perlu dilaksanakan pada peringkat universiti lagi bagi mengatasi cabaran keperluan doktor di negeri-negeri Borneo, yang sentiasa dalam pertimbangan Kementerian Kesihatan (KKM).
“Cabarannya (adalah) apabila ramai doktor (di Semenanjung) tak nak ke Sarawak (mungkin) sebab jauh,” katanya kepada pemberita ketika melawat ladang getah di Kampung Kuala Sawah, Rantau, Negeri Sembilan.
“(Atau) tak nak pergi ke luar bandar (kerana) kemudahan asas tak ada, tak selengkap macam di Semenanjung.”
Semalam, Timbalan Premier Sarawak Dr Sim Kui Hian menggesa jawatan tetap ditawarkan kepada doktor kontrak yang sudah berkhidmat di Sarawak, atau doktor dalam kalangan anak Sarawak yang sedang menunggu tawaran.
Pada 18 Julai, Timbalan Menteri Kesihatan Lukanisman Awang Sauni berkata, lebih 200 doktor gagal melapor diri atau menolak jawatan kontrak untuk berkhidmat di Sarawak.