
Beliau berkata, sikap suka kafir-mengkafir sesama muslim bertentangan dengan prinsip akidah Ahli Sunnah Waljamaah.
“Tindakan seperti ini (menuduh seorang muslim kafir) amat berbahaya kerana ia bertentangan dengan prinsip agama selain akan mencetus kegelisahan dalam masyarakat,” katanya menurut Bernama dalam kenyataan.
Menurutnya, sebarang perkara dalam urusan agama khususnya dalam bidang akidah dan syariah perlu dirujuk kepada pihak berkuasa agama Islam negeri serta para ilmuan yang diperakui kepakarannya dalam bidang tersebut.
Walaupun Na’im tidak memberi contoh, namun berlegar di media sosial berhubung rakaman video seorang wanita warga emas yang mendakwa “kalau dalam Umno kafir sampai kiamat”.
Video berdurasi 1.16 minit itu memaparkan wanita itu berbual dengan seorang petugas parti ketika berkempen di sebuah negeri di Pantai Timur.