Aktivis Haris Ibrahim meninggal dunia

Aktivis Haris Ibrahim meninggal dunia

Pengasas gerakan "Asalkan Bukan Umno" itu didapati mengalami kanser paru-paru tahap 4 pada April tahun lalu.

Haris Ibrahim antara aktivis yang ke hadapan mempejuangkan masyarakat adil dan saksama.
PETALING JAYA:
Peguam dan aktivis masyarakat Haris Ibrahim meninggal dunia tengah hari tadi, kerana kanser. Beliau berusia 64 tahun.

Jasad Haris dibawa ke Masjid At Taqwa di Taman Tun Dr Ismail selepas asar dan dia akan dikebumikan pada tanah perkuburan Islam Bukit Kiara.

Haris yang mengasaskan gerakan “Asalkan Bukan Umno” didapati mengalami kanser paru-paru tahap 4, pada April tahun lalu.

Selaku seorang peguam, Haris terbabit dalam banyak kes berkenaan kebebasan beragama dan bidang kuasa mahkamah sivil dan syariah.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.