
Presiden Muda Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata pengisytiharan aset itu dilaksanakan secara telus dan calon-calon yang mengisytiharkan aset turut terikat dengan SD yang telah ditandatangani.
“Ini adalah proses tadbir urus baik yang Muda letakkan sebagai prasyarat sebelum mereka dipilih secara rasmi untuk mewakili Muda pada PRN.
“Apabila dibuat melalui proses pengisytiharan aset melalui SD, kami bertanggungjawab terhadap SD itu dan kita semua tahu tidak boleh tipu dalam SD, tindakan boleh diambil.
“Pada masa yang sama, kami juga terbuka dan rakan-rakan media lain boleh lihat juga, saya rasa ini adalah adil,” katanya kepada pemberita di sini.
Syed Saddiq berkata proses pengisytiharan aset ini penting kerana ia meletakkan sudut kebertanggungjawapan kepada mereka yang menyertai politik.