Kursi Tun Dr Ismail diwujud di UKM, kata PM

Kursi Tun Dr Ismail diwujud di UKM, kata PM

Pengiktirafan tersebut bagi memberi ruang kepada generasi muda untuk menyemangati sumbangan pahlawan bangsa dan negarawan ulung itu.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim (dua dari kiri) melihat pameran sempena memperingati Dr Ismail Abdul Rahman. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Kerajaan perpaduan bersetuju mewujudkan Kursi Tun Dr Ismail Abdul Rahman di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sebagai menghargai legasi kepimpinan dan cetusan pemikiran Allahyarham yang bertunjangkan perpaduan dan integrasi kaum.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim dalam kenyataan berkata, usaha serta pengiktirafan itu adalah bagi memberi ruang kepada generasi muda dan penerus untuk menyemangati sumbangan pahlawan bangsa dan negarawan ulung Ismail khususnya dalam aspek perpaduan dan penyatuan kaum.

“Semoga lebih banyak penyelidikan dapat diwacanakan dalam pelbagai bidang sosioekonomi, pentadbiran dan kenegaraan dengan adanya kursi ini,” katanya.

Kerajaan hari ini menganjurkan Majlis Memperingati Negarawan Tun Dr Ismail Al-Haj: Tonggak Perpaduan Negara sempena sambutan Bulan Kebangsaan di Dataran Merdeka.

Majlis dihadiri lebih 10,000 pengunjung itu bertujuan mendidik generasi muda mengenai sumbangan Ismail dalam membangunkan negara ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.