
Majistret Shahril Anuar Ahmad Mustapha menjatuhkan hukuman ke atas lelaki berusia 49 tahun itu, yang mengaku bersalah mencabul kehormatan mangsa berusia 24 tahun di sebuah rumah di Taman Medan, pada 8.30 malam, 15 Julai lalu.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada seksaan itu.
Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara empat bulan sekiranya dia gagal membayar denda.
Timbalan Pendakwa Raya Nurul Sofea Jaysal memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal dan sewajarnya terhadap tertuduh, mengambil kira kekerapan kes yang berlaku, namun lelaki itu yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan.