24 murid SK Cyberjaya alami keracunan makanan

24 murid SK Cyberjaya alami keracunan makanan

Murid-murid itu mengalami simptom seperti cirit-birit selepas menjamah nasi lemak dan ayam goreng di kantin sekolah berkenaan, kata timbalan menteri kesihatan.

Sekumpulan 24 murid SK Cyberjaya yang mengalami simptom keracunan makanan Khamis lepas telah sembuh dan kembali bersekolah, menurut Timbalan Menteri Kesihatan Lukanisman Awang Sauni. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini mengesahkan berlaku insiden keracunan makanan melibatkan 24 murid SK Cyberjaya di sini pada Khamis lepas.

Timbalan Menteri Kesihatan Lukanisman Awang Sauni berkata, 24 murid yang mengalami simptom keracunan makanan seperti cirit-birit itu telah sembuh dan kembali bersekolah.

“Mereka mendapat rawatan di klinik swasta berdasarkan siasatan yang kita jalankan,” katanya selepas merasmikan sebuah acara di Cyberjaya, lapor Bernama.

Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan sama ada keracunan itu disahkan berpunca daripada makanan yang dijual di kantin.

Dilaporkan sebelum ini bahawa lebih 50 pelajar sekolah itu mengalami simptom keracunan makanan selepas menjamah nasi lemak dan ayam goreng di kantin sekolah berkenaan.

Lukanisman memberitahu pemberita hari ini, kantin sekolah berkenaan ditutup sehingga 10 Ogos, dan siasatan sedang dijalankan mengikut Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.