16 laporan polis terhadap video berkait Sultan Perak di FB PAS cawangan

16 laporan polis terhadap video berkait Sultan Perak di FB PAS cawangan

Ketua Polis Perak Yusri Hassan Basri berkata PAS didakwa 'mengeksploitasi institusi diraja untuk kepentingan politik'.

Laporan polis dibuat oleh individu, NGO, serta wakil Umno dan PKR. (Gambar facebook)
PETALING JAYA:
Sebanyak 16 laporan polis dibuat selepas tular suatu video di Facebook berkaitan PAS, kerana didakwa mencemar nama baik Sultan Perak.

Ringkasan laporan-laporan itu, yang disahkan oleh Ketua Polis Perak Yusri Hassan Basri mendakwa PAS “mengeksploitasi institusi diraja untuk kepentingan politik.”

Menurut ringkasan itu, video di Facebook PAS cawangan Kampung Tun Sardon di Hang Tuah Jaya, Melaka telah “mengeksploitasi titah ucapan Sultan Perak” seolah-olah memuji PAS sebagai parti terbaik untuk dipilih.

Ucapan itu dipercayai dibuat 10 tahun lalu.

Sebanyak 10 laporan dibuat oleh individu manakala dua daripada NGO. Wakil Umno dan PKR turut membuat laporan.

“Tujuan laporan polis dibuat bagi menggesa pihak berkuasa, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan polis mengambil tindakan ke atas individu yang memanipulasikan titah Sultan Perak untuk kepentingan PAS,” kata ringkasan itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.