Saya beri kerjasama penuh kepada SPRM, kata ‘Dato Malik’

Saya beri kerjasama penuh kepada SPRM, kata ‘Dato Malik’

Ahli perniagaan itu ditahan oleh agensi antirasuah pada Selasa untuk siasatan berhubung pengubahan wang haram.

Abdul Malik Dasthigeer berkata dia akan terus memberi semua maklumat diperlukan kepada SPRM.
PETALING JAYA:
Abdul Malik Dasthigeer, atau lebih dikenali sebagai “Dato Malik” berkata dia akan memberikan kerjasama penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika disoal siasat.

Sumber memberitahu FMT pada Selasa bahawa ahli perniagaan itu telah ditahan SPRM di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (Amla).

“Saya telah memberikan pendedahan penuh mengenai perkara ini dan akan terus memberikan semua maklumat yang diperlukan untuk membantu (menyelesaikan) kes itu,” kata Malik dalam video di Instagram hari ini.

Dia berterima kasih kepada mereka yang telah menyatakan sokongan kepadanya. “Mari kita mengharapkan yang terbaik dan (agar) keadilan akan ditegakkan.”

Malik, yang merupakan pengasas dan pengerusi Malik Group of Companies, dikenali kerana membawa artis dari India untuk mengadakan konsert Tamil di Malaysia.

Syarikatnya terdiri daripada Malik Streams Corporation Sdn Bhd, Malik Maju Sdn Bhd, Malik Streams Properties Sdn Bhd, Malik Streams Antenna Movies Sdn Bhd, dan Malik Streams Production & Distribution.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.