2 warga emas maut, 2 kereta bertembung bas ekspres

2 warga emas maut, 2 kereta bertembung bas ekspres

Pemandu sebuah lagi kereta berusia 31 tahun dan bas membawa 12 penumpang selamat dalam nahas itu.

Keadaan Proton Persona dinaiki dua warga emas yang meninggal dunia di tempat kejadian. (Gambar JBPM)
PETALING JAYA:
Dua warga emas maut dalam kemalangan tiga kenderaan di Taman Nesa, Sitiawan, Lumut.

Yeong Tua Kong, 79, dan Yong Mooi Mooi, 68, yang menaiki Proton Persona disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata laporan awal nahas membabitkan Proton Persona, Proton Saga dan sebuah bas ekspres itu diterima pada 6.15 pagi tadi.

“Lelaki yang memandu kereta Proton Saga berusia 31 tahun dan bas membawa 12 penumpang selamat dalam kejadian itu,” katanya menurut Sinar Harian.

Beliau berkata, dua mangsa korban tersepit dalam Proton Persona itu dikeluarkan anggota bomba menggunakan peralatan menyelamat sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Katanya, operasi ditamatkan pada 7.33 pagi.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.