
Dalam kejadian kira-kira 11.05 malam itu, mangsa, Muhammad Fakhri Waqiuddin Basri, 22, dari Bandar Indera Mahkota meninggal dunia di lokasi kejadian, lapor Sinar Harian.
Ketua Polis Pekan, Mohd Zaidi Mat Zin berkata, siasatan awal mendapati, mangsa dalam perjalanan dari arah Pekan menghala ke Rompin manakala lori membawa muatan sawit dari arah bertentangan.
Katanya, ketika tiba di lokasi kejadian, kereta dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan lalu terbabas masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan lori.
“Akibat dari kemalangan tersebut mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.
Menurutnya, pemandu lori berusia 28 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.
Zaidi berkata jenazah mangsa dibawa ke Hospital Pekan untuk proses bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.