Samun berparang, elak guna laluan alternatif Jalan Pintas Taman Bayan

Samun berparang, elak guna laluan alternatif Jalan Pintas Taman Bayan

Nasihat itu dikeluarkan Ketua Polis Hulu Selangor Ahmad Faizal Tahrim memandangkan tiga kes samun dilaporkan berlaku.

Ketua Polis Hulu Selangor Ahmad Faizal Tahrim, berkata suspek dipercayai menyasarkan golongan warga emas untuk menyamun. (Gambar Facebook)
KUALA LUMPUR:
Orang ramai diminta mengelak menggunakan laluan alternatif di Jalan Pintas Taman Bayan, Batang Kali-Ulu Yam Bharu, Hulu Selangor, dekat sini, ketika ini berikutan tiga kes samun bersenjatakan parang yang dilaporkan berlaku.

Ketua Polis Hulu Selangor Ahmad Faizal Tahrim, berkata kes samun berkenaan dilapor berlaku pada 15 Okt 2022 serta 21 dan 25 Jun lalu menyasarkan pengguna jalan raya melalui laluan itu, khususnya dalam kalangan warga emas.

“Suspek yang masih bebas merupakan seorang lelaki tempatan yang menggunakan motosikal dan bersenjatakan parang,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan denda atau sebat.

Pada masa yang sama, katanya polis turut menggandakan usaha untuk mengesan dan menahan suspek selain mempertingkatkan rondaan di laluan itu.

Faizal meminta orang ramai yang mempunyai maklumat agar menghubungi IPD Hulu Selangor di talian 03-6065 1021 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.