
Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Azri Ahmad, berkata tahanan itu ditemui oleh rakan sel yang melihatnya sesak nafas dan bersandar di dinding tandas.
“Pihak hospital segera dihubungi dan ambulans tiba untuk membawanya ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
“Doktor daripada Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Kuala Lumpur membuat pemeriksaan dan mengesahkan kematiannya,” katanya dalam kenyataan.
Azri berkata bedah siasat akan dijalankan di HKL hari ini untuk mengetahui punca kematian.
Katanya, lelaki terbabit sebelum itu ditahan pada 6 Julai bawah Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan pada 18 Julai ditangkap berkaitan satu kes lain serta ditahan di lokap sama untuk siasatan lanjut.
“Unit Siasatan Jenayah dan Kematian Dalam Tahanan (USJKT) JIPS Bukit Aman akan menjalankan siasatan berkaitan kes itu,” katanya.