
Pengerusi Bersih Thomas Fann berkata lantikan itu sepatutnya dilakukan berdasarkan merit dan bukannya atas faktor naungan politik, susulan pengguguran wakil rakyat tiga penggal itu sebagai calon DAP pada PRN 12 Ogos depan.
“Satu proses yang jelas dan bebas perlu dilakukan untuk meneliti kesesuaian seseorang calon untuk sesebuah jawatan. Kami berharap proses tersebut telah dilakukan dalam meneliti kesesuaian Ean Yong,” katanya kepada FMT.
Fann mengulas pengumuman Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook yang juga menteri pengangkutan bahawa Ean Yong dicadangkan dilantik sebagai pengerusi LPK iaitu sebuah badan berkanun.
Ean Yong, timbalan ketua DAP Selangor menyandang kerusi DUN Seri Kembangan selama tiga penggal bermula 2008 dan pernah menjadi Exco Kerajaan Selangor.
Beliau digantikan Wong Siew Ki yang dipindahkan dari DUN Balakong.
Fann bagaimanapun enggan membuat sebarang spekulasi sama ada lantikan Ean Yong adalah kesepakatan antaraya dan DAP susulan pengguguran sebagai calon PRN.
Namun Bersih berpendirian, mana-mana wakil rakyat tidak sepatutnya dilantik dalam badan berkanun dan syarikat berkaitannya (GLC).
“Dalam hal ini, pelantikan Ean Yong tidak sepatutnya menjadi masalah (kerana tidak lagi menjadi wakil rakyat),” katanya.
Mac lalu, Loke dipetik berkata DAP mengambil pendekatan fleksibel terhadap dasar dan keputusan Perdana Menteri Anwar Ibrahim berhubung pelantikan ahli politik dalam agensi kerajaan termasuk badan berkanun dan GLC.
Menurutnya, DAP bersetuju perlantikan ahli politik untuk memegang jawatan namun terhad kepada badan berkanun sahaja.