Gerakan kritik lantikan politik bekas Adun DAP

Gerakan kritik lantikan politik bekas Adun DAP

Henry Teoh Kien Hong mendakwa pelantikan bekas Adun Seri Kembangan Ean Yong Hian Wah sebagai lantikan politik.

Henry Teoh Kien Hong mendakwa cadangan melantik Ean Yong Hian Wah sebagai pengerusi Lembaga Pelabuhan Klang untuk kepentingan parti.
PETALING JAYA:
Gerakan Selangor mengkritik cadangan melantik bekas Adun Seri Kembangan Ean Yong Hian Wah sebagai pengerusi Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) selepas namanya digugurkan sebagai calon DAP pada PRN.

Pengerusinya Henry Teoh Kien Hong mendakwa cadangan itu adalah satu lantikan politik secara terang-terangan oleh DAP dan Barisan Nasional (BN).

“Ini merupakan satu lantikan politik secara terang-terangan untuk kepentingan parti. BN juga sanggup gadaikan atau beri apa sahaja kepada DAP,” katanya dalam kenyataan itu.

Semalam, Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook yang juga menteri pengangkutan mengumumkan bahawa Ean Yong dicadangkan dilantik sebagai pengerusi LPK iaitu sebuah badan berkanun.

Hari ini,kumpulan reformasi pilihan raya Bersih turut menggesa Kementerian Pengangkutan menapis terlebih dahulu cadangan melantik Ean Yong sebagai pengerusi LPK.

Pengerusi Bersih Thomas Fann berkata lantikan itu sepatutnya dilakukan berdasarkan merit dan bukannya atas faktor naungan politik, susulan pengguguran wakil rakyat tiga penggal itu sebagai calon DAP pada PRN 12 Ogos depan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.