Berang tak dapat RM5,000, wanita ugut rodok mulut suami dengan pisau

Berang tak dapat RM5,000, wanita ugut rodok mulut suami dengan pisau

Suspek direman empat hari sehingga 27 Julai ini untuk disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Polis berkata wanita itu ditahan malam Ahad lalu untuk siasatan lanjut.
PETALING JAYA:
Seorang wanita warga Indonesia ditahan kerana mengugut suaminya dengan pisau selepas gagal mendapat RM5,000 untuk pulang ke kampung.

Ketua Polis Ampang Jaya Mohd Azam Ismail berkata kejadian itu berlaku di Taman Tasik Tambahan, Ampang kira-kira 6 pagi pada 6 Julai lalu.

Katanya, lelaki tempatan berusia 48 tahun itu tidak mempunyai RM5,000 yang diminta suspek.

Beliau berkata, wanita itu kemudian mengacukan pisau ke arah muka mangsa dan mengugut akan merodok mulutnya dengan pisau terbabit.

Bertindak atas maklumat, katanya, wanita berusia 34 tahun itu ditahan di perkarangan IPD Ampang Jaya kira-kira 9 malam Ahad lalu dan polis turut merampas sebilah pisau digunakan dalam kejadian terbabit.

“Suspek yang bekerja sebagai pembantu kedai kini direman empat hari sehingga 27 Julai untuk siasatan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan,” katanya menurut Sinar Harian.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.