
Turut menyertai beliau 12 orang penaja cawangan DAP yang akan diwujudkan di Bachok dalam tempoh terdekat.
Zulkifli berkata, ketika ini sudah ada dua cawangan DAP dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Irama di Parlimen Bachok, dan banyak lagi cawangan akan diwujudkan di kawasan DUN Jelawat serta Tawang, yang juga berada dalam kawasan Parlimen Bachok.
“Kita juga akan turun membantu jentera DAP, Pakatan Harapan (PH) yang akan bertanding pada PRN nanti,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan borang keahliannya kepada Ketua DAP negeri Azaha Abdul Rani.
Turut hadir Setiausaha DAP Pulau Pinang Lim Hui Ying.
Sebelum ini semua jawatan disandang Zulkifli dalam Bersatu gugur secara automatik selepas beliau bertanding sebagai calon bebas di Parlimen Bachok pada PRU15 tahun lalu.