
Ketua Polis Pulau Pinang, Khaw Kok Chin, berkata dua penganggur berusia 27 dan 30 tahun ditahan pada serbuan pertama dalam sebuah kereta di tepi jalan Seberang Perai Selatan (SPS), 7 pagi kelmarin kerana disyaki terbabit aktiviti pemprosesan dadah.
Susulan itu, katanya, polis menyerbu sebuah rumah di Bandar Baru Kulim, Kedah, yang dipercayai dijadikan makmal pemprosesan dadah.
“Polis merampas 22 bungkus dadah jenis heroin seberat 10kg, satu paket lutsinar syabu (6.25g) dan dua paket serbuk putih disyaki kafein seberat 1.28kg, selain pelbagai peralatan pemprosesan dadah.
“Hasil ujian saringan air kencing mendapati semuanya positif methamphetamine dan amphetamine serta mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah,” katanya menurut Harian Metro dalam sidang media di IPK Pulau Pinang.
Beliau berkata, hasil risikan mendapati sindiket yang mendapat bekalan dari negara jiran itu aktif sejak awal tahun ini bagi pasaran tempatan.
Katanya, keseluruhan dadah dirampas itu boleh digunakan 20,000 penagih.
Menurutnya, dua lelaki tempatan itu direman tujuh hari hingga 28 Julai ini untuk disiasat mengikut Seksyen 38B Akta Dadah Berbahaya 1952.