JKNS siasat dakwaan pesakit dilayan kasar di hospital

JKNS siasat dakwaan pesakit dilayan kasar di hospital

Pengarah JKNS, Dr Asits Sanna berkata siasatan terperinci dan telus sedang dijalankan.

Seorang pesakit dilaporkan mendakwa dilayan kasar oleh seorang pegawai perubatan selepas lebih dua jam menunggu di wad kecemasan Hospital Wanita dan Kanak-kanak Sabah Seorang pesakit dilaporkan mendakwa dilayan kasar oleh seorang pegawai perubatan selepas lebih dua jam menunggu di wad kecemasan Hospital Wanita dan Kanak-kanak Sabah (HWKKS). (Gambar Fail)
PETALING JAYA:
Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) sedang menyiasat dakwaan seorang pegawai perubatan di Hospital Wanita dan Kanak-kanak Sabah (HWKKS) di Kota Kinabalu dikatakan bertindak kasar dan tidak profesional terhadap pesakit.

Pengarahnya Dr Asits Sanna berkata tindakan sewajarnya akan diambil selepas siasatan ke atas aduan seorang pesakit dilayan dengan kasar oleh seorang pegawai perubatan berdasarkan laporan sebuah portal tempatan pada 18 Julai lalu.

Katanya, pertemuan dengan pengadu akan diadakan dalam masa terdekat bagi membincangkan perkara itu.

“Adalah dimaklumkan jabatan ini memandang serius perkara ini dan siasatan terperinci serta telus sedang dijalankan,” katanya menurut Harian Metro.

Difahamkan, pesakit itu mengadu tidak dirawat selepas lebih dua jam ke wad kecemasan HWKKS, yang juga dikenali sebagai Hospital Likas, selain terpaksa menunggu di luar bangunan ketika hujan lebat.

Dia mendakwa dilayan dengan kasar oleh pegawai perubatan bernama “Azlinah” apabila bertanya bila akan dipanggil sehingga menyinggung perasaannya dan pesakit lain yang lama menunggu.

Asits berkata, pihaknya sentiasa mengambil perhatian terhadap maklum balas dan melakukan penambahbaikan bagi meningkatkan mutu perkhidmatan kepada pelanggan.

“Jabatan ini juga menyeru semua warga kerja JKNS sentiasa bersikap profesional dan mengamalkan komunikasi berkesan serta berhemah kepada semua pelanggan pada setiap masa,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.