Pukul ibu hingga cedera di muka, warga emas ditahan

Pukul ibu hingga cedera di muka, warga emas ditahan

Polis berkata mangsa dirawat di Klinik Kesihatan Selangau, sebelum dibawa ke Hospital Sibu untuk rawatan lanjut.

Polis menahan suspek lelaki berusia 60 tahun itu kira-kira 3 petang semalam.
PETALING JAYA:
Seorang warga emas ditahan kerana memukul ibunya berusia 91 tahun sehingga cedera di muka dalam kejadian di sebuah rumah panjang di kawasan Selangau, Sarawak.

Ketua Polis Mukah, Muhamad Rizal Alias, berkata suspek lelaki berusia 60 tahun itu ditahan kira-kira 3 petang semalam selepas laporan dibuat di Balai Polis Selangau pada 11 malam 14 Julai lalu.

“Tangkapan dibuat terhadap suspek dan kes masih dalam siasatan,” katanya menurut Berita Harian.

Beliau berkata, mangsa dirawat di Klinik Kesihatan Selangau, sebelum dibawa ke Hospital Sibu untuk rawatan lanjut.

Katanya, satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga 1994.

Polis mengesan satu video 26 saat mengenai kejadian itu tular di Facebook semalam yang memaparkan suspek memukul mangsa menggunakan tangan.

Beliau menasihatkan orang ramai tidak menyebarkan video itu kerana boleh mengganggu siasatan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.