
Ketua Polis Seberang Perai Selatan Ng Ah Thiam berkata, pihaknya menerima laporan pada 3.56 petang daripada warden penjara bahawa seorang tahanan lelaki warga tempatan melarikan diri.
“Kejadian itu berlaku di wad kuarantin tibi, iaitu wad lima HSB dan tahanan lelaki tersebut dikenali sebagai Nordin Ahmad, 54.
“Semasa meloloskan diri suspek memakai t-shirt kelabu dan seluar pendek warna hitam,” katanya dalam kenyataan.
Susulan itu, beliau berkata polis telah melancarkan Op Tutup dan usaha giat dijalankan bagi mengesan tahanan berkenaan yang dipercayai masih berada di sekitar daerah berkenaan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung tahanan itu diminta menghubungi IPD Seberang Perai Selatan di talian 04-5858222, pegawai penyiasat M Karthik di 016-6970009 atau mana-mana balai polis berhampiran.