
Bersara daripada perkhidmatan awam empat tahun lalu, Jamil menggantikan Adhif Syan Abdullah yang menang di kerusi itu dengan majoriti 6,934 undi pada PRU14.
Ketika itu, Adhif yang bertanding di bawah tiket PKR menewaskan Shahrum Mohd Sharif (Barisan Nasional) dan Yusmi Haniff Ariffin (PAS).
Menurut Berita Harian, pengumuman dibuat Pengerusi PN Muhyiddin Yassin pada Ceramah Perdana Jelajah Selangor Baharu – Kita Bangkit PN Sepang di pekarangan Markas PAS Labohan Dagang, Sepang, malam tadi.
Beliau turut mengumumkan Ketua Bersatu Sepang Suhaimi Ghazali sebagai calon PN di kubu kuat DAP, DUN Sungai Pelek.
Pada PRU14, Ronnie Liu menang dengan majoriti 6,586 undi menewaskan Ng Chok Sin (BN), Rohaya Mohd Shahir (PAS) dan K Harry Arul Raj (Parti Alternatif Rakyat).