
Ketua Polis Selangor, Hussein Omar Khan, berkata kertas siasatan telah dibukat mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak.
“Kita akan panggil semua pihak yang terbabit dalam kejadian itu dalam masa terdekat bagi dirakam percakapan.
“Buat masa ini kita belum menahan jurulatih itu lagi dan akan memanggil saksi untuk membantu siasatan,” katanya menurut Harian Metro.
Laporan polis dibuat pada 26 Jun lalu antara lain turut menyatakan jurulatih terbabit bertindak mengacah untuk menjatuhkan kayu di atas bahagian kemaluan murid lelaki.
Sebelum itu, Presiden Persatuan Dodgeball Malaysia (MAD) N Radhakrishnan dilaporkan berkata pihaknya menerima aduan daripada Biro Kokurikulum Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan.