
Ketua Polis Gerik Abdul Samad Othman, berkata suspek berusia 55 tahun itu disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955.
Katanya, penangkapan individu itu susulan laporan diterima daripada seorang wanita berusia 25 tahun yang mendengar bunyi seperti zip sedang dibuka.
“Pengadu pergi melihat dan mendapati seorang lelaki sedang membuat gangguan seksual,” katanya dalam kenyataan.
Abdul Samad berkata, lelaki itu bertindak memegang kemaluannya sambil memandang ke arah mangsa.
“Pengadu mengambil tindakan dengan merakam perbuatan tersebut menggunakan telefon bimbit serta memarahi suspek. Selepas itu, suspek terus keluar dari pasar raya tersebut.”
Tular video berdurasi dua minit di Facebook memaparkan wanita memarahi seorang lelaki kerana melakukan perbuatan tidak senonoh.