
Ketua Polis Ipoh, Yahaya Hassan berkata, bayi berkenaan meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) selepas dimasukkan ke hospital itu pada Rabu lalu.
“Pihak hospital mengesyaki kecederaan dialami mangsa adalah akibat didera,” katanya lapor Sinar Harian.
Yahaya berkata laporan bedah siasat menunjukkan punca kematian bayi itu adalah kecederaan di kepala akibat terkena objek tumpul.
Katanya, susulan itu polis menangkap seorang wanita warga tempatan berusia 52 tahun yang merupakan pengasuh mangsa sepenuh masa.
Menurutnya, suspek yang direman selama empat hari pada mulanya disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
“Bagaimanapun, kes diklasifikasikan semula sebagai kes bunuh apabila bayi itu disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di wad Unit Rawatan Rapi Pediatrik sekitar jam 2.51 petang pada Jumaat.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.