
Ketuanya Shuhaily Mohd Zain berkata kertas siasatan telah dibuka berhubung kejadian yang berlaku ketika tahanan berusia 45 tahun terbabit hendak dibawa menaiki lori ke Mahkamah Kuala Lumpur.
“Kertas siasatan sudah dibuka dan selepas itu kami akan menimbang tindakan bakal diambil terhadap anggota polis terbabit sekiranya didapati cuai atau lalai,” katanya menurut Kosmo.
Dalam kejadian 9.40 pagi itu, suspek melarikan diri semasa hendak dibawa menaiki lori polis ke mahkamah untuk pertuduhan berkaitan kes Seksyen 39A Akta Dadah Berbahaya 1952.
Namun, suspek terbabit diberkas sekitar pukul 1.50 tengah hari di Jinjang.
Terdahulu tular dua video di media sosial yang memaparkan suspek terbabit melarikan diri dengan memanjat pagar belakang IPD Dang Wangi.