Zuraida tak mahu buang masa dengan PBM

Zuraida tak mahu buang masa dengan PBM

Zuraida Kamaruddin tidak akan tuntut jawatan presiden PBM atau cabar pemecatannya.

Bekas Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin berkata beliau tidak akan menuntut jawatan presiden PBM lagi, susulan keputusan mahkamah kerana tidak mahu buang masa dengan parti itu.
SHAH ALAM:
Zuraida Kamaruddin berkata beliau tidak akan menuntut jawatan presiden Parti Bangsa Malaysia atau mencabar pemecatannya, susulan keputusan nahkamah baru-baru ini.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 6 Jun menolak permohonan Zuraida memohon kebenaran memulakan prosiding semakan kehakiman terhadap Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM).

Bekas Ahli Parlimen Ampang itu memohon pengisytiharan mahkamah bahawa beliau presiden PBM yang sah.

“Saya tak akan ambil tindakan apa lagi sebab parti itu sudah ‘tercemar’, buang masa,” kepada pemberita selepas menghadiri pertemuan dengan masyarakat tentang Proklamasi Orang Melayu di Pusat Konvensyen Shah Alam.

JPPM sebelum ini mengesahkan Larry Sng masih lagi presiren PBM berdasarkan rekod yang ada di jabatan itu.

Hakim Amarjeet Singh berkata mahkamah tidak boleh melakukan inkuiri ke atas hal ehwal parti politik di bawah Seksyen 18C Akta Pertubuhan.

Zuraida berkata beliau akan fokus kepada NGO Penggerak Komuniti Negara (PKN), Muafakat Nasional (MN), dan Proklamasi Orang Melayu.

Dalam perkembangan lain, Zuraida berkata beliau akan berkempen untuk calon Perikatan Nasional pada PRN akan datang.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.