
Beliau beritahu The Borneo Post bahawa keputusan untuk bertanding sendirian didorong oleh sokongan akar umbi dan sejarah PBM di Sabah.
Antara kerusi yang menjadi tumpuan PBM ialah Bandau, Tanjung Papat dan Kadamaian. “Pada masa ini kami sedang memuktamadkan kerusi dan calon, tetapi buat sementara waktu kami menyasarkan dua hingga tiga kawasan,” kata Sng.
Ketiga-tiga kerusi itu kini diwakili oleh Perikatan Nasional, Warisan dan Upko.
“Sama ada kami menang atau tidak adalah perkara kedua. Yang penting, kami dapat beri pilihan kepada rakyat,” katanya.
Sng berkata, walaupun PBM kini sebuah parti kebangsaan, ia membina sokongan yang ketara di Sabah dengan 65% ahli dari negeri itu.
Beliau tidak menolak kemungkinan kerjasama dengan kerajaan negeri sekiranya PBM memenangi sebarang kerusi. “Kami akan dapat bekerjasama dengan kerajaan dan memainkan peranan penstabil.”
Keputusan PBM untuk bertanding dibuat beberapa hari selepas Pengerusi Barisan Nasional Zahid Hamidi teguh berhubung kerjasama dengan Pakatan Harapan.
Gabungan Rakyat Sabah juga mengumumkan kerjasama dengan PH.
Penggal lima tahun DUN Sabah akan berakhir pada 11 November, melainkan dibubarkan lebih awal. Pilihan raya mesti diadakan dalam tempoh 60 hari selepas pembubaran.