
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Mohammad Yusof Apdal berkata, kementeriannya akan mengadakan perbincangan bersama pihak terbabit untuk mencapai kata putus bagi pelepasan cuti.
“Kita akan lihat kepada keperluan .. kita akan ambil satu kaedah yang memudahkan mereka terutama yang bekerja ataupun pelajar,” katanya pada sidang media selepas menutup Pertandingan dan Pameran Inovasi (iCompEx 2023) di Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah.
Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada KPT akan memberikan cuti kepada warga IPT termasuk pelajar untuk pulang mengundi pada PRN.
Mohammad Yusof turut berkata, pelajar universiti sememangnya bebas untuk berpolitik dan boleh menyokong mana-mana parti, namun perlu bertanggungjawab memastikan ia tidak mengganggu pengajian.