
Ini kerana, kata pengerusi Muafakat Nasional itu, Afiq yang juga ketua Pemuda Umno Ketereh adalah penyokong kuatnya.
“Tak payah kalau-kalau (bertembung merebut kerusi), itu tidak akan berlaku, percayalah. Anak saya adalah penyokong kuat saya.
“Kita lihat perkembangannya, tunggu dan lihat nanti,” katanya menurut Berita Harian selepas Ceramah Mega Pakat Pertahan di Bachok malam tadi.
Afiq Amani dilaporkan antara 155 nama dihantar Barisan Nasional (BN) Kelantan kepada pucuk pimpinan parti untuk dipertimbangkan sebagai calon pada PRN Kelantan 12 Ogos ini.
Ketua Penerangan Umno Kelantan, Zawawi Othman mengesahkan Afiq antara nama dihantar kepada pucuk pimpinan parti untuk dipertimbangkan sebagai calon dalam sebuah DUN di bawah Parlimen Ketereh.
Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin pula dilaporkan berkata, nama Annuar mungkin dalam senarai calon yang bakal dikemukakan kepada Majlis Syura Ulama untuk tapisan.
Mengulas perkara itu, Annuar menyifatkan ia amanah parti dan sedia mempertimbangkannya.
“Saya ahli baharu dan kalau boleh berilah laluan kepada ahli lebih lama. Saya tak jadi calon pun tiada masalah, saya serah kepada pucuk pimpinan PAS.
“Saya sudah banyak kali jadi calon, kalau ada orang lain jadi calon, okaylah dan saya tidak menjadi calon pun tidak mengapa,” kata bekas Ahli Parlimen Ketereh selama tiga penggal itu.