
Setiausaha Polis Noorsiah Saaduddin dalam kenyataan berkata, Azry Akmar akan memangku pangkat DCP.
Azry Akmar sebelum ini merupakan juruiring polis kepada Yang di-Pertuan Agong, tambahnya.
Selain itu, Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Perlindungan, Jabatan Perdana Menteri Mat Zani @ Mohd Salahuddin Che Ali dilantik sebagai timbalan pengarah narkotik (penguatkuasaan/pencegahan/kepolisan am) Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, mengisi tempat Mazleen Mohd Nasir.
Sementera itu, Mazleen dilantik sebagai ketua penolong pengarah narkotik (pelucuthakan harta/perundangan siasatan) JSJN Bukit Aman.
“Ketua Penolong Pengarah Narkotik (Pelucuthakan Harta/Perundangan Siasatan) JSJN Bukit Aman Mohd Faisal Yahya dilantik sebagai timbalan ketua pengarah Bahagian Perlindungan, Jabatan Perdana Menteri,” kata Noorsiah.
Berikutan itu, Ketua Pegawai Keselamatan Juruiring Yang di-Pertuan Agong Istana Negara, Jabatan Pengurusan Kuala Lumpur Mohd Azani Omar dilantik sebagai juruiring polis kepada Yang di-Pertuan Agong, memangku pangkat SAC.
Kesemua pertukaran jawatan berkenaan turut berkuat kuasa 7 Ogos.