Polis selesai rakam keterangan 22 saksi insiden KLIA

Polis selesai rakam keterangan 22 saksi insiden KLIA

Mereka terdiri 12 pegawai imigresen, empat pegawai polis bantuan, empat pengadu dan dua pekerja sebuah syarikat pelancongan.

Tangkap layar video tular kekecohan di KLIA melibatkan orang kenamaan yang dikatakan cuba ‘menyelamatkan’ seorang wanita China yang dinafikan kemasukannya ke negara ini.
KUALA LUMPUR:
Polis selesai mengambil keterangan 22 saksi berhubung kekecohan melibatkan seorang menteri di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), baru-baru ini.

Ketua Polis Selangor, Hussein Omar Khan, berkata mereka terdiri daripada 12 pegawai imigresen, empat pegawai polis bantuan, empat pengadu dan dua pekerja sebuah syarikat pelancongan.

“Kertas Inkuiri Polis ini akan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara hari ini untuk tindakan selanjutnya,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata, polis menerima empat laporan yang dibuat orang awam berhubung kejadian itu.

Sebuah portal berita sebelum ini melaporkan kekecohan di KLIA melibatkan orang kenamaan yang dikatakan cuba “menyelamatkan” seorang wanita warga China yang dinafikan kemasukannya ke negara ini sejurus tiba di lapangan terbang itu.

Kejadian itu turut tular di media sosial.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.