
Peguam perlembagaan Bastian Pius Vendargon berkata dakwaan Mahathir tidak betul kerana Perkara 8 Perlembagaan menyatakan semua orang adalah sama di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan.
Beliau juga berkata Perlembagaan tidak bertujuan untuk “menekankan kemelayuan Malaysia” dalam kalangan masyarakat pelbagai etnik, walaupun mengiktiraf hak Melayu dan Islam.
“Hanya kerana ia tidak menyatakan mana-mana dalam Perlembagaan bahawa Malaysia adalah masyarakat berbilang etnik, tidak bermakna ia tidak,” kata Vendargon.
Semalam, Mahathir di Twitter mendakwa usaha mempromosi negara berbilang bangsa bertentangan dengan Perlembagaan kerana ia tidak pernah sebut Malaysia sebagai negara berbilang kaum.
Beliau mendakwa Perlembagaan “menekankan kemelayuan Malaysia”.
Vendargon berkata prinsip asas demokrasi berparlimen – iaitu pengasingan kuasa antara eksekutif, badan perundangan dan badan kehakiman – tidak dinyatakan dalam Perlembagaan.
“Namun telah berulang kali diperkatakan dalam keputusan Mahkamah Persekutuan bahawa apabila menganalisis Perlembagaan, adalah jelas bahawa pengasingan kuasa sebahagian daripada perlembagaan model Westminster Malaysia,” katanya kepada FMT.
Beliau berkata keistimewaan bukan hanya diberikan kepada orang Melayu tetapi juga kepada kumpulan masyarakat tertentu iaitu Bumiputera, Anak Negeri di Sabah dan Sarawak serta Orang Asli di Malaysia Barat.
Menurutnya, mengambil kira perkara itu Perlembagaan sebenarnya mengiktiraf setiap rakyat dan memberikan mereka semua hak yang berbeza.
Philip Koh, seorang profesor adjung di Universiti Malaya, menyifatkan tafsiran Mahathir terhadap Perlembagaan sebagai “fitnah”.
Beliau menjelaskan Perlembagaan menggalakkan demokrasi yang kondusif untuk membina sebuah negara berbilang kaum, sambil mengiktiraf peranan Islam dan hak orang Melayu.
“Bagaimanapun, pengiktirafan Perlembagaan ini tidak menafikan hakikat bahawa, secara keseluruhannya, Perlembagaan bertujuan untuk melindungi demokrasi liberal (landskap politik).
“Bagi mengatakan bahawa menggalakkan etnik berbilang kaum bercanggah dengan Perlembagaan adalah satu penipuan kepada mana-mana pendekatan tafsiran (kepada Perlembagaan).
“Suruhanjaya Reid dan Cobbold, latar belakang Merdeka dan pembentukan Malaysia, semuanya mengesahkan bahawa kita adalah demokrasi liberal dan bukan autokrasi berasaskan kaum,” katanya.
Koh berkata mereka yang menyokong salah tafsir Perlembagaan itu boleh menimbulkan keresahan di kalangan rakyat dan memudaratkan kesejahteraan negara.