
Ketua Polis Kuala Pilah, Amran Mohd Ghani berkata, pihaknya menerima laporan kira-kira 11 malam dan siasatan awal mendapati dua suspek memakai penutup muka dan bersenjata tajam memecah masuk rumah itu sebelum bergelut dengan mangsa.
“Suspek mengugut mangsa menyerah barang berharga dan kemudiannya melarikan diri,” katanya menurut Sinar Harian.
Beliau berkata, polis giat memburu dua suspek masih bebas itu selepas melarikan sebuah peti besi mengandungi wang dianggarkan berjumlah RM100,000, barang kemas bernilai RM120,000, sebuah Toyota Estima berwarna putih dan wang tunai RM1,000.
“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian ini diminta berhubung dengan pegawai penyiasat Alice Kuba di 019-5389941 untuk membantu siasatan.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan, iaitu samun berkawan bersenjata,” katanya.