Rakyat Malaysia perlu mohon Etias ke EU, Zon Schengen mulai 2024

Rakyat Malaysia perlu mohon Etias ke EU, Zon Schengen mulai 2024

Setiap pemohon dikenakan bayaran Euro 7 (RM36) tetapi individu berusia 18 tahun dikecualikan.

Ketika ini pemegang pasport Malaysia disenarai dalam 63 negara bebas visa untuk memasuki 30 negara anggota EU dan Zon Schengen.
PETALING JAYA:
Mulai tahun depan, rakyat negara ini yang ingin melawat 30 negara anggota Kesatuan Eropah (EU) dan Zon Schengen perlu memohon kebenaran melalui Sistem Maklumat dan Kebenaran Perjalanan Eropah (Etias).

Ketika ini, pemegang pasport Malaysia disenarai dalam 63 negara bebas visa untuk memasuki 30 negara anggota EU dan Zon Schengen, terdiri daripada 27 negara Eropah yang menghapuskan sempadan mereka.

Sebanyak 30 negara memerlukan Etias iaitu Austria, Belgium, Bulgaria, Croatia, Cyprus, Czechia, Denmark, Estonia, dan Finland.

Perancis, Jerman, Greece, Hungary, Iceland, Itali, Latvia, Liechtenstein, Lithuania, Luxembourg, Malta, Belanda, Norway, Poland, Portugal, Romania, Slovakia, Slovenia, Sepanyol, Sweden, dan Switzerland.

Menurut Berita Harian yang memetik laman sesawang Schengen Visa Info,setiap pemohon akan dikenakan bayaran Euro 7 (RM36) tetapi individu berusia 18 tahun dikecualikan.

Tempoh sah berkuat kuasa selama tiga tahun.

Menurut laman sesawang itu, Etias akan mengumpulkan, menjejaki dan mengemas kini maklumat diperlukan berkaitan pelawat bagi menentukan sama ada mereka boleh memasuki Zon Schengen.

“Etias akan menjalankan pemeriksaan keselamatan terperinci ke atas setiap pemohon untuk menentukan sama ada mereka boleh dibenarkan memasuki mana-mana negara Zon Schengen.

“Walaupun rakyat dari negara yang tidak memerlukan visa untuk tujuan perjalanan sehingga 90 hari di EU, Etias akan memastikan mereka ini bukan ancaman keselamatan.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.