Anwar solat Aidiladha bersama warga Putrajaya

Anwar solat Aidiladha bersama warga Putrajaya

Perdana menteri bertakbir raya bersama kira-kira 20,000 jemaah sebelum menunaikan solat sunat Aidiladha yang diimamkan Imam Besar Masjid Putra, Salahuddin Ghozali.

Anwar Ibrahim menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Putra hari ini. (Gambar Bernama)
PUTRAJAYA:
Perdana Menteri, Anwar Ibrahim menunaikan solat sunat Aidiladha di Majlis Putra, di sini.

Beliau yang tiba bersama isteri, Dr Wan Azizah Wan Ismail pada 8.19 pagi, disambut Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Hakimah Mohd Yusoff sebelum memasuki dewan utama masjid bagi menunaikan solat Aidiladha.

Ini solat sunat Aidiladha pertama bagi Anwar bersama warga Putrajaya sejak mengambil alih tampuk kepimpinan negara pada November lalu.

Turut hadir Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail dan Ketua Setiausaha Negara, Zuki Ali.

Anwar kemudian bertakbir raya bersama kira-kira 20,000 jemaah sebelum menunaikan solat sunat Aidiladha yang diimamkan Imam Besar Masjid Putra, Salahuddin Ghozali.

Perdana Menteri turut mendengar bacaan khutbah Aidiladha bertajuk “Nilai pengorbanan” yang disampaikan Salahuddin.

Anwar juga tidak melepaskan peluang beramah mesra dan bersalaman dengan jemaah lain selepas khutbah Aidiladha.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.