
Malay Mail memetik Karim berkata, cadangan pengambilalihan itu bagus, tetapi “kita tidak boleh ambil begitu sahaja”.
“Adakah kita akan ambil alih liabiliti MASwings juga?” katanya pada sidang media mengumumkan tarikh penerbangan umrah pertama dari Kuching ke Arab Saudi,
Katanya, perkara ini akhirnya terserah pada kerajaan persekutuan untuk memutuskan.
Karim memberikan bayangan bahawa kerajaan negeri keberatan untuk memikul liabiliti syarikat penerbangan itu. Sekiranya pengambilalihan itu berjaya, MASwings akan termasuk bawah Hornbill Skyways Sdn Bhd.
Karim mengulangi cita-cita Sarawak untuk memiliki syarikat penerbangan serantau yang boleh memberikan perkhidmatan kepada seluruh Malaysia dan destinasi lain di Asia Tenggara.