Tuntutan Sulu: Mahkamah Belanda tolak sita aset Malaysia

Tuntutan Sulu: Mahkamah Belanda tolak sita aset Malaysia

Pihak mendakwa waris Kesultanan Sulu memohon dikuatkuasakan award USD15 bilion.

Malaysia bertindak menghentikan pampasan tahunan kepada waris Sulu selepas pencerobohan Lahad Datu, pada 2013. (Gambar Reuters)
THE HAGUE:
Mahkamah rayuan di Belanda menolak permohonan lapan waris bekas Kesultanan Sulu untuk menguatkuasakan award USD15 bilion yang diperolehi melalui timbang tara terhadap kerajaan Malaysia, menurut penghakiman di laman web mahkamah.

“Mahkamah menolak permohonan rakyat Filipina” yang menuntut award itu dilaksanakan, menurut penghakiman itu.

Tahun lalu, waris terakhir Filipina dari Kesultanan Sulu diberi award USD14.9 bilion oleh Mahkamah Timbang Tara Paris, dalam pertikaian berpanjangan dengan Malaysia berkait perjanjian tanah pada era kolonial.

Sejak itu, mereka memohon penyitaan aset kerajaan Malaysia di Perancis, Luxembourg, dan Belanda, dalam usaha menguatkuasakan award berkenaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.