Mayat warga emas ditemukan dalam rumah berkunci

Mayat warga emas ditemukan dalam rumah berkunci

Anggota bomba sebelum itu terpaksa memecahkan pintu rumah terbabit selepas menerima aduan mengenai seorang warga emas yang terkunci di rumah berkenaan.

Anggota bomba terpaksa memecahkan pintu sebuah rumah sebelum menemukan mayat warga emas, dalam kejadian di Ipoh. (Gambar JBPM)
IPOH:
Bau busuk dari sebuah rumah di Taman Pinji dekat sini, membongkar penemuan mayat seorang warga emas di rumah tersebut oleh pasukan bomba petang semalam.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon, berkata jiran yang menghidu bau busuk dari rumah berkenaan, telah membuat aduan kepada pihak polis kerana mengesyaki sesuatu yang buruk menimpa warga emas berusia 70-an itu.

“Berdasarkan maklumat dari polis, seorang lelaki didapati terkunci dalam rumah berkenaan dan anggota memecahkan pintu dengan menggunakan peralatan khas.

“Terdapat seorang mangsa yang tidak sedarkan diri dan telahpun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan hospital, yang tiba ke lokasi,” katanya dalam kenyataan semalam.

Sayani berkata mangsa dianggarkan telah meninggal dunia tiga hingga empat hari yang lalu dan mayatnya diserahkan kepada pihak polis, untuk tindakan selanjutnya.

Terdahulu, JBPM Perak terpaksa memecahkan pintu sebuah rumah, setelah menerima aduan mengenai seorang warga emas terkunci di dalam sebuah rumah di Taman Pinji Mewah di sini.

Warga emas itu bagaimanapun ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri, sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.