
Susulan keputusan itu, Presiden PAS Hadi Awang kekal sebagai Ahli Parlimen Marang.
Hakim Hassan Abdul Ghani membuat keputusan itu selepas mendapati pempestiyen yang juga calon Barisan Nasional (BN), Jasmira Othman, gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah.
Berikutan keputusan itu, Hassan mengarahkan Jasmira membayar kos RM50,000 kepada Hadi, lapor Berita Harian.
Peguam Takiyuddin Hassan mewakili Abdul Hadi.
Pada 3 Jan, Umno Terengganu memfailkan petisyen untuk membatalkan keputusan PRU15 bagi Parlimen Kuala Terengganu, Marang dan Kemaman di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
Ketua Umno Terengganu, Ahmad Said, berkata petisyen itu difailkan antara lain atas dakwaan PAS telah menyogok pengundi dengan mengagihkan wang bantuan yang diberikan kerajaan negeri pada 15 hingga 17 Nov 2022, beberapa hari sebelum PRU15 melalui program i-Pencen, i-Belia dan i-Siswa.
Tindakan itu didakwa dilakukan beberapa hari sebelum PRU15 melalui program i-Pencen, i-Belia dan i-Siswa.
Pada PRU15 lalu, Abdul Hadi menang dengan majoriti 41,279 undi menewaskan Jasmira.