
FLFAM dalam kenyataan berkata, tiada tanda kekurangan bekalan bahan mentah yang serius bagi pengeluaran makanan ayam.
“Bekalan makanan ayam semasa adalah mencukupi,” menurut FLFAM, sambil menambah negara kini juga bebas daripada sebarang penyakit ayam serius.
Kenyataan itu sekali gus menafikan laporan sebuah akhbar baru-baru ini, bekalan telur diramal merosot 50% kepada 585 juta biji menjelang Disember, berikutan kegagalan kerajaan menangani masalah bekalan anak ayam serta dedak.
Laporan itu juga menyebut negara diramal mengalami masalah bekalan ayam menjelang Ogos apabila wakil persatuan ternakan ayam di wilayah tengah Semenanjung, turut mengesahkan perkara itu.