
Ketua Polis Kuala Langat, Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Saleh, berkata dua suspek berusia 30-an ditahan di sekitar Klang kira-kira 2.30 petang Khamis lalu.
Katanya, mereka ditahan susulan laporan polis dibuat pekerja hotel berusia 19 tahun mendakwa disamun dua lelaki bersenjatakan parang pada 15 Jun lalu.
“Mangsa mengalami kerugian melibatkan sebuah telefon bimbit,” katanya menurut Sinar Harian.
Beliau berkata, hasil siasatan mendapati dua suspek mempunyai rekod jenayah dan dadah itu aktif melakukan kegiatan jenayah sejak lima bulan lalu.
Katanya, mereka kini direman lima hari untuk disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.
Menurutnya, polis merampas dua telefon bimbit dan sebilah parang berhulu hijau dipercayai digunakan suspek dalam serbuan minggu lalu.