PM umum rumah mampu milik ‘Kejiranan Madani’ di KL

PM umum rumah mampu milik ‘Kejiranan Madani’ di KL

Kumpulan M40 layak membeli rumah berkeluasan 800kps berharga RM200,000 di bawah skim itu.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata skim perumahan itu merangkumi beberapa pembangunan perumahan mampu milik yang dibuka untuk dijual dan disewa.
KUALA LUMPUR:
Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan skim perumahan mampu milik khas “Kejiranan Madani” untuk kumpulan berpendapatan B40 dan M40.

Dalam satu program di Kepong, Anwar berkata skim perumahan itu merangkumi beberapa pembangunan perumahan mampu milik yang dibuka untuk dijual dan disewa.

Katanya, kumpulan M40 dengan pendapatan isi rumah kurang dari RM7,000 sebulan boleh membeli rumah berkeluasan 800kps berharga RM200,000 di bawah kediaman “Prihatin Madani”.

Sementara itu, kumpulan B40 dengan berpendapatan isi rumah di bawah RM5,000 sebulan boleh membeli unit kediaman “Madani” seluas 750kps dengan harga RM180,000.

Golongan bujang, belia yang baru pekerja dan pasangan muda baru berkahwin dengan pendapatan maksimum RM400,000 sebulan atau kurang boleh membeli unit kediaman “Sejahtera Madani” seluas 700kps yang berharga RM150,000.

Anwar juga berkata golongan B40 dan M40 yang tidak mampu membeli rumah boleh menyewa kediaman tiga bilik “Majlis Madani” berkeluasan 700kps dengan sewa RM600 sebulan selama lima tahun.

Manakala “Rumah Ihsan Madani” pula membolehkan kumpulan B40 dan miskin tegar menyewa unit kediaman tiga bilik seluas 700kps dengan sewa RM300 sebulan.

Projek tersebut dijangka bermula tahun ini.

Anwar yang juga menteri kewangan berkata, rumah yang dibeli tidak boleh dijual kepada orang lain dan hanya boleh diwariskan kepada ahli keluarga sendiri.

“Sekiranya pemilik mahu menjualnya, hanya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur boleh membelinya. Ini bagi penting bagi memastikan pembangunan ini mencapai matlamatnya,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.