
Tanpa mengulas lanjut, Acryl Sani berkata tawaran itu tidak dijangka namun beliau tetap berterima kasih kepada perdana menteri.
“Apabila saya beritahu beliau (Anwar) hasrat untuk menamatkan kontrak lebih awal dari tarikh asal 3 Okt 2023, perdana menteri sangat bertimbang rasa menawarkan saya perancangan selepas bersara,” katanya dalam majlis serah terima tugas di Pusat Latihan Polis (Pulapol), Kuala Lumpur.
Acryl Sani berkata, tiada apa yang pelik apabila beliau mengambil keputusan bersara empat bulan lebih awal dari tarikh sebenar dan memaklumkan meninggalkan pasukan itu dengan hati terbuka.
Terdahulu, Acryl Sani menyerahkan tugas kepada Razarudin Husain yang akan mengambil alih jawatan tertinggi polis itu bermula esok.
Pada masa sama Razarudin menyerahkan jawatan timbalan KPN kepada Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Ayob Khan Mydin Pitchay.
Majlis dihadiri Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail, pegawai kanan KDN dan pegawai tertinggi polis.