Kelindan maut lori rempuh treler

Kelindan maut lori rempuh treler

Mangsa dikenali sebagai Nasir Imran, 60 tahun, maut di tempat kejadian manakala pemandu lori, Mohammad Faiz Abdullah, 25, mengalami kecederaan.

Sebuah lori tiga tan merempuh belakang treler di Teluk Intan, awal pagi tadi menyebabkan kelindannya maut manakala pemandu pula cedera. (Gambar JBPM)
PETALING JAYA:
Seorang kelindan lori maut manakala pemandunya cedera selepas kenderaan dinaiki merempuh belakang sebuah treler dalam kejadian di Jalan Sungai Manik, Teluk Intan, awal pagi tadi.

Mangsa dikenali sebagai Nasir Imran, 60 tahun, maut di tempat kejadian manakala pemandu lori, Mohammad Faiz Abdullah, 25, mengalami kecederaan.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Negeri Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 2.29 pagi sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Teluk Intan bergegas ke lokasi kejadian.

Katanya, sebaik tiba, kelindan lori tiga tan itu didapati tersepit dan disahkan maut di tempat kejadian.

“Manakala seorang lagi mangsa yang cedera pula dihantar ke Hospital Teluk Intan menggunakan ambulans bagi menerima rawatan.

“Anggota bomba bertindak mengeluarkan mangsa maut yang tersepit menggunakan peralatan khas.

“Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut dan operasi tamat jam 4.05 pagi,” katanya lapor Berita Harian.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.