Rohana Jalil meninggal dunia

Rohana Jalil meninggal dunia

Penyanyi popular era 80-an itu menghembuskan nafas terakhir pada usia 68 tahun di HCTM malam tadi.

Rohana Jalil memenangi Bintang RTM pada 1981, dan popular dengan lagu ‘Rayuanku’, ‘Resah Ku’, dan ‘Jangan Main Mata’. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Penyanyi popular era 80-an Rohana Jalil meninggal dunia pada usia 68 tahun malam tadi.

Rohana dilaporkan menghembuskan nafas terakhir di sisi keluarga kira-kira 11.30 malam di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), lapor mStar.

Difahamkan, jenazah akan dimandikan dan disolatkan di Masjid Al-Falah USJ 9, Subang Jaya, kemudian dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ21 sebelum Zuhur.

Sebelum ini dilaporkan Rohana, yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) HCTM sejak 28 Mac lalu akibat kebocoran usus, dipindahkan ke unit dependensi tinggi (HDU).

Rohana, atau nama sebenarnya Dara Abdul Jalil, memenangi Bintang RTM pada 1981 dan popular dengan lagu “Rayuanku”, “Resah Ku”, dan “Jangan Main Mata”.

Beliau juga ibu kepada pelakon Kilafairy.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.